Hutang lapuk atau 'Bad Debt' adalah hutang yang tidak dapat dikutip mungkin kerana penghutang telah meninggal dunia, penghutang tak mampu bayar, penghutang diisytihar muflis, melarikan diri atau sebab yang lain. Ianya juga akan jadi kerugian untuk perniagaan sekiranya penghutang tidak membayar balik hutang.
Hutang lapuk ini akan menjadi belanja bagi perniagaan kerana perlu menanggung kerugian tersebut.
Cara rekod dalam sistem niagawan adalah seperti berikut :
Langkah pertama
Perlu custom lejar - Hutang lapuk (Perberlanjaan, pilih kategori - Other)
https://niagawan.ladesk.com/734183-Tambah-Lejar-Baru-Customize-Ledger
Langkah kedua - rekod di lejar
1. Menu Perakaunan
2. Klik Entri Lejar
3. Klik + Baru
4. Masukkan details
5. Tarikh - pilih tarikh yang buat perkiraan hutang lapuk
6. Pilihan lejar
Debit - Hutang lapuk (Perbelanjaan/ Expense)
Credit - Akaun Belum Terima (Aset Semasa)
7. Klik button Simpan