Home > Lain-Lain > Pembelian Aset

Pembelian Aset

 

Pembelian aset tetap terdapat dua cara iaitu satu pembelian secara tunai dan juga pembelian secara hutang (loan). Pembelian Aset ini boleh melibatkan seperti perabot , kereta, bangunan, tanah, computer dan kelengkapan pejabat.
 

Situasi 1 : Pembelian Secara Tunai 

"Sebagai contoh Puan Aina membeli meja , kerusi dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM 7650 secara tunai"
 

Cara rekod seperti di bawah :

1. Menu Perakaunan

2. Klik Buku Tunai

3. Klik +Baru Kredit - Duit Keluar

4. Tarikh duit keluar untuk belian aset

5. Lejar - pilih aset tetap (fixed asset)

6. Klik Simpan

 


Situasi 2 : Pembelian Secara Hutang (loan) 

"Tuan Abu membeli meja, kerusi dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM 8000 secara hutang dan membayar deposit sebanyak RM 1500"

 

Cara rekod seperti di bawah :

1.  Custom/ Buat lejar baru untuk Loan Aset, contoh Loan perabot (Liabiliti)

https://niagawan.ladesk.com/734183-Tambah-Lejar-Baru-Customize-Ledger

 

2. i) Menu Perakaunan

     ii) Klik Entri Lejar

     iii) Klik +Baru 

     iv) Tarikh mula rekod dalam niagawan

     v) Butiran - Belian perabot

     vi) Debit - Aset Tetap (Fixed Asset), Kredit - Loan Perabot (Liabiliti)

     vii) Klik Simpan

 

3. Bila bayar deposit dan bayar bulanan : 

      i) Menu Perakaunan

     ii) Klik Buku Tunai 

     iii) Klik +Baru di Kredit-duit keluar

     iv) Tarikh bayaran/ duit keluar

     v) Butiran - Bayaran perabot (contoh)

     vi) Lejar - Loan perabot (Liabiliti)

     vii) Simpan