Belanja Terakru adalah belanja yang telah dibuat dalam tempoh perakaunan semasa tetapi bayaran belum dijelaskan pada tahun tersebut. Jadi ianya adalah Liabiliti Semasa
Contoh : Gaji bulan May 2024, bayar pada Jun 2024
Cara rekod belanja terakru seperti di bawah :
1. Perlu custom / buat lejar baru :
https://niagawan.ladesk.com/734183-Tambah-Lejar-Baru-Customize-Ledger
contoh : gaji terakru (Liabiliti)
2. Untuk May 2024, tiada pengeluaran duit keluar untuk bayar gaji bulan May, rekod ini kena masukkan di bahagian Lejar
i) Menu Perakaunan
ii) Klik Entri Lejar
iii) Klik +Baru
iv) Tarikh bulan bulan tersebut, contoh bulan 5
v) Debit - Gaji, Elaun, Upah (Expense)
Credit - Gaji Terakru (Liabiliti)
vi) Klik Simpan
3. Bila bayar bulan berikutnya, rekod di
i) Menu Perakaunan
ii) Klik Buku Tunai
iii) Klik + Baru pada (kredit- duit keluar)
iv) Pilih tarikh bayaran
v) Butiran
vi) Lejar - Gaji terakru (Liabiliti)
vii) Klik Simpan