Home > e-Invois > Cara Submit e-Invois

Cara Submit e-Invois

Sebagai permulaan sebelum menggunakan fungsi e-invois, anda boleh mula membuat tetapan dengan:

Setelah berjaya membuat tetapan di atas, anda boleh terus isukan e-invois kepada pelanggan anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah.

 

Langkah 1: Isu invois dan klik "Perlu e-Invois

Untuk kongsi pautan permintaan e-Invois dengan pelanggan anda, isikan invois jualan seperti biasa. Kemudian, klik pada "Perlu e-Invois" dan klik "Save".

 

Langkah 2: Lengkapkan maklumat pelanggan

Pada bahagian preview invois jualan, anda boleh skroll ke bawah dan dapatkan maklumat e-invois

1.Jika maklumat pelanggan belum tersedia: 

  • Anda boleh lihat status adalah "Maklumat pelanggan diperlukan"
  • Jadi anda perlu dapatkan maklumat pelanggan anda dahulu dengan menghantar customer form melalui link kongsi e-invois sebelum meneruskan proses penghantaran e-invois.
  • Setelah pelanggan anda mengisi maklumat yang diperlukan, e-invoice akan terus dihantar untuk pengesahan.

 

2. Jika maklumat pelanggan sudah tersedia: 

  • Anda boleh lihat status adalah "Klik butang untuk menghantar sebagai e-Invois."
  • Jadi anda boleh terus hantar invois jualan sebagai e-invois pada butang "Sedia untuk Hantar"

 

Langkah 3: Hantar untuk proses pengesahan

Setelah invois jualan telah di hantar sebagai e-invois, status invois akan berubah kepada "Penghantaran sedang diproses. Sila periksa semula dalam beberapa minit."

 

Langkah 4: e-Invois telah siap!

Setelah disahkan, anda boleh kongsikan e-invois yang telah berjaya melalui link yang sama atau cetak e-invois. Pelanggan anda juga boleh terus mengakses e-invoice yang berjaya melalui customer form link.