Home > SST > Cara Rekod Invois Bersama SST

Cara Rekod Invois Bersama SST

Setelah anda tetapkan butiran SST dalam sistem Niagawan https://niagawan.ladesk.com/366447-Cara-Setup-SST, anda kini boleh mula membuat invois yang menyertakan SST. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat invois dengan SST:

 

Tambah Invois Jualan Baru

  • Masukkan maklumat pelanggan anda seperti biasa dan pilih produk atau perkhidmatan yang telah anda tetapkan kod tarif SST. Pastikan produk atau perkhidmatan tersebut telah ditetapkan kod cukai SST (SST0, SST5, SST6, SST8, SST10).
  • Sistem akan secara automatik mengira cukai SST berdasarkan kod tarif yang telah anda tetapkan untuk setiap produk atau perkhidmatan.
  • Cukai Eksklusif: Jika anda menggunakan cukai eksklusif, harga produk yang dipaparkan dalam invois adalah tidak termasuk SST
    • SST akan ditambah sebagai item berasingan di bawah jumlah harga
    • Sebagai contoh untuk jumlah almari pakaian di bawah ia dikirakan sebagai RM800 (harga seunit) + RM80 (jumlah cukai) = RM880.00 
  • Cukai Inklusif: Jika anda menggunakan cukai inklusif, harga produk yang dipaparkan dalam invois sudah termasuk SST. 
    • Oleh itu, jumlah SST tidak akan ditambah berasingan, tetapi akan diringkaskan di bahagian bawah invois.



Semak Ringkasan Cukai dan Siap

  • Jika anda telah mengaktifkan fungsi Paparkan Ringkasan Cukai dalam dokumen, anda akan melihat ringkasan SST di bahagian bawah invois. Ini merangkumi jumlah cukai yang dikenakan bagi setiap kod cukai. 
  • Setelah selesai, klik Simpan untuk menyimpan invois anda.
  • Anda juga boleh hantar invois kepada pelanggan melalui Whatsapp atau cetak untuk simpanan.