Home > e-Invois > Cara Tetapkan e-Invois

Cara Tetapkan e-Invois

Mudah sahaja untuk mula mengunakan e-invois di dalam Niagawan. Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk menetapkan butiran bisnes anda bagi pengunaan e-invois.

 

Langkah 1: Pilih e-Invois dari menu dan klik pada bahagian Tetapan.

Langkah 2: Aktifkan e-Invois

Pada bahagian Maklumat e-Invois, tandakan togol suis "Aktifkan e-Invois" untuk mengaktifkan e-invois.

 

Langkah 3: Isikan Maklumat Syarikat

 

  • Syarikat: Pastikan nama penuh sah syarikat anda adalah betul.
  • No. Pendaftaran Perniagaan: Masukkan nombor pendaftaran perniagaan anda dengan format baru (eg. 201901000005).
  • No. Pengenalan Cukai (TIN): Masukkan nombor pengenalan cukai anda (eg. C20830570210)
  • No. Pendaftaran SST: Jika berkenaan, masukkan nombor pendaftaran SST anda (eg. B16-2001-32000030).
  • Kod MSIC: Masukkan lima(5) digit kod Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) yang berkaitan dengan perniagaan anda. [Rujukan]
  • Aktiviti Bisnes: Terangkan aktiviti perniagaan utama anda berdasarkan MSIC code yang diisi. [Rujukan]
  • No. Telefon: Masukkan nombor telefon bisnes untuk dihubungi.
  • E-mel: Masukkan alamat e-mel untuk dihubungi.
  • Alamat: Masukkan alamat fizikal bisnes anda.
  • Poskod: Masukkan poskod untuk alamat bisnes anda.
  • Bandar: Masukkan bandar di mana bisnes anda terletak.
  • Negeri: Masukkan negeri di mana bisnes anda terletak.
     

Langkah 4: Tambah Niagawan sebagai Perantara pada portal MyInvois

Anda boleh ikuti tutorial cara untuk tambah Niagawan sebagai Perantara disini: https://niagawan.ladesk.com/815867-Cara-Tambah-Niagawan-Sebagai-Intermediary 

 

Langkah 5: Sahkan dan Simpan

Semak semua maklumat yang dimasukkan untuk memastikan ketepatan. Klik pada "Sahkan" untuk mengesahkan dan menyimpan tetapan butiran bisnes anda bagi pengunaan e-invois.

 

Nota:

  • Medan yang ditandakan dengan tanda asterisk (*) adalah wajib dan mesti diisi.
  • Pastikan semua maklumat adalah tepat untuk mengelakkan masalah ketika pemprosesan e-invois.
  • Hubungi pasukan sokongan kami jika anda menghadapi sebarang masalah semasa mengisi butiran bisnes pada tetapan e-invois.