Home > Perakaunan > Cara Menggunakan Buku Tunai (Cash Book)

Cara Menggunakan Buku Tunai (Cash Book)

 

Apa itu Buku Tunai (Cash Book)

Buku Tunai adalah catatan transaksi duit masuk dan duit keluar untuk syarikat. Di Buku Tunai ini juga boleh asingkan mengikut sumber pembayaran seperti contoh Tunai, Bank dan sumber lain. Dan menentukan apa yang telah direkod dalam sistem betul atau salah.

 

Untuk melihat Buku Tunai, perlu klik pada :
 

1. Menu Perakaunan

2. Klik Buku Tunai

3. Pilih Tunai atau Bank/sumber lain

4. Boleh semak baki pada Bal B/F sama atau tidak dengan tunai di tangan (Tunai) / bank statement (Bank)


Baki Semasa (current) / Baki
Baki current merujuk kepada baki semasa pada bulan itu.
 

Baki Semasa (current) = Total Debit - Total Kredit

 

Baki B/B (previous)
Baki B/B adalah merujuk kepada baki dari bulan lepas.

 

Baki B/F (forward)

Baki B/H merujuk kepada Baki Semasa + Baki B/B dan akan auto carry forward ke bulan seterusnya. Dan ia juga merupakan baki wang terkini yang ada dalam Sumber/Tabung Duit. 

Jadi adalah penting untuk pastikan pada setiap bulan Baki B/F adalah tepat kerana baki ini akan auto carry forward ke bulan seterusnya.
 

Baki B/F (forward) = Baki Semasa (current) + Baki B/B (previous)