Home > e-Invois > Cara Tambah Niagawan Sebagai Intermediary

Cara Tambah Niagawan Sebagai Intermediary

Sebelum mula menggunakan e-invois pada sistem Niagawan, anda boleh terlebih dahulu menambah Niagawan sebagai Perantara (Intermediary). Dalam konteks e-Invois, Niagawan sebagai Perantara (Intermediary) bermaksud Niagawan bertindak sebagai orang tengah antara bisnes anda dan pihak berkuasa iaitu LHDN untuk memproses e-invois anda.

Untuk menambah Niagawan sebagai Perantara (Intermediary), anda boleh ikuti cara mudah di bawah.

 

Langkah 1: Log masuk pada portal MyTax dan pilih MyInvois

Untuk bisnes, anda boleh log masuk menggunakan maklumat pemilik bisnes. Kemudian, klik pada MyInvois pada menu.

 

 

Langkah 2: Pada Portal MyInvois, buka pada "Lihat Profil Pembayar Cukai"


 

Langkah 3: Tambah Niagawan sebagai Perantara

Skrol ke bawah pada bahagian Wakil dan klik "Tambah Perantara".

 

Langkah 4: Masukkan maklumat Niagawan dan buat carian

Masukkan maklumat Niagawan sebagai perantara seperti di bawah dan klik pada butang carian.

  • TIN: C25405119070
  • BRN: 201701026993
  • Nama: Niagawan Plus Sdn Bhd

Setelah membuat carian, anda boleh semak pada bahagian Status. Jika Status adalah Aktif, anda boleh klik "Teruskan".

 

Langkah 5: Tetapkan Tarikh Perwakilan dan Permissions

Pada page seterusnya, tetapkan Tarikh Perwakilan dan Permissions.

  • Masukkan Tarikh Perwakilan
    • Perwakilan Dari: Masukkan tarikh mula menggunakan e-invois
    • Perwakilan Hingga: Masukkan tarikh sah Niagawan sebagai Perantara
       
  • Turn on Permissions:
    • Lihat Dokumen
    • Hantar Dokumen
    • Document - Cancel
    • Mohon Pembatalan Dokumen
    • Lihat Notifikasi

 

Langkah 6: Klik "Tambah Perantara" dan siap!

Akhir sekali, klik pada butang "Tambah Perantara" dan anda siap untuk menggunakan Niagawan sebagai sistem e-invois anda!