Home > Belian & Perbelanjaan > Cara Rekod Pembelian Stok

Cara Rekod Pembelian Stok

 

Pembelian stok adalah belian barang stok atau produk yang akan dijual terus kepada customer. Ianya penting untuk direkodkan ke dalam sistem kerana apabila produk tersebut dijual, sistem akan kira kos barang terjual yang dipanggil sebagai Cost Of Sale (COGS) dan akan ditolak pada Laporan Untung Rugi. 

*****************************************

Sebelum key in ke dalam sistem penting untuk mengetahui nature of business iaitu business secara trading atau manufacturing (pembuatan)

Trading   -  Menjual sesuatu produk tanpa mengubah apa-apa fizikal produk atau membeli barang tersebut dari pengeluar (supplier) dan menjual semula barang tersebut kepada pelanggan tanpa mengubah fizikal produk. 

Manufacturing (pembuatan) - Memproses atau membuat sendiri produk tersebut , seperti makanan , minuman dan service. 

 


Cara rekod belian stok dari pembekal (supplier)

1. Menu > Belian
2. Klik Invois Belian
3. Klik button ➕ Baru untuk Tambah Rekod Baru 
4. Klik kotak supplier 'Add Supplier' dan boleh cari nama pembekal 
5. Pilih Lejar, - Stock Purchased / Inventory (curasset) - bagi belian stok
6. Masukkan Tarikh dan boleh pilih date backdated (pilih bulan sebelum)
7. Tamat (Due Date) ~ jika ada nak masukkan tempoh bayaran balik
8. Masukkan Rujukan. (masukkan invoice supplier) 
9. Klik  'Tambah Produk' untuk cari nama produk restok 
10. Masukkan Remark. (Tidak Wajib) 
11. Akhir sekali, klik Button Simpan.