Home > Perakaunan > Cara Menggunakan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation)

Cara Menggunakan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation)

 

Penyata penyesuaian bank adalah dokumen penting terutama sekali untuk syarikat Sdn Bhd. Penyata ini mengandungi transaksi sumber - Bank dan perlu buat semakan dengan penyata bank (Bank Statement) setiap bulan.

 

Penyata Penyesuaian Bank ni terdapat 2 tab :-

i) Penyesuaian - mengandungi transaksi Debit Dan Kredit

ii) Laporan - perlu masukkan baki awal setiap bulan sebelum buat penyesuaian

 

Langkah buat Penyata Penyesuaian Bank :

1. Menu Perakaunan

2. Klik Menu Penyata Penyesuaian Bank

3. Klik tab Laporan dan masukkan baki awal seperti bank statement

4. Klik tab Penyesuaian dan tandakan ikut bank statement

5. Setelah selesai, boleh semak pada Perbezaan, kena pastikan 0.00, jika ada beza, kena semak kembali transaksi tersebut

6. Klik tab Laporan dan semak baki akhir, sama atau tidak dengan baki akhir pada bank statement