Home > Laporan > Laporan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation Report)

Laporan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation Report)

Laporan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation Report) adalah laporan yang dijana mengikut penyata penyesuaian bank pada menu perakaunan. Anda boleh rujuk cara menggunakan penyata penyesuaian bank pada https://niagawan.ladesk.com/257334-Cara-Menggunakan-Penyata-Penyesuaian-Bank-Bank-Reconciliation

 

1. Baki pembukaan

Ini adalah baki yang dibawa dari penyata bank atau rekonsiliasi bulan sebelumnya. Untuk mencari baki awal:

  • Semak baki bulan sebelumnya daripada penyata bank atau sistem.

 


2. Baki Sistem

Baki sistem menunjukkan jumlah transaksi debit dan kredit yang telah dimasukkan ke dalam sistem anda untuk tempoh semasa.

  • Baki ini akan terus dikira berdasarkan semua transaksi yang telah direkodkan dalam sistem berkaitan dengan akaun bank pada bulan tersebut. 
  • Formula:

    Debit - Credit = Baki Sistem

    RM1,370.00 - RM251.12 = RM1,118.88

 

 

3. Tambah: Deposit yang Belum Dikreditkan oleh Bank / Pembayaran Tertunggak

Ini adalah pembayaran (PV) yang telah direkodkan dalam sistem tetapi belum lagi ditunjukkan dalam penyata bank bulan semasa.

  • Ini termasuk pembayaran yang belum diterima oleh bank pada bulan semasa (contohnya, deposit dibuat pada hari terakhir bulan tetapi belum dikreditkan).

 


 

4. Tolak: Cek Tidak Ditebus / Resit Tertunggak

Cek yang tidak ditebus adalah pembayaran yang telah direkodkan dalam sistem tetapi bank belum memprosesnya.

  • Jika anda telah membuat pembayaran pada bulan semasa tetapi akan diproses oleh bank pada bulan berikutnya, jumlah ini perlu ditolak.
  • Sebarang resit tertunggak (wang yang diterima tetapi belum diproses oleh bank) juga perlu ditolak.

 


5. Baki Diselaraskan

Baki yang diselaraskan membantu anda melihat baki sebenar, dengan mengambil kira transaksi yang masih tertunggak.

  • Formula:

    Tambah: Deposit yang Belum Dikreditkan - Tolak: Cek Tidak Ditebus = Baki Diselaraskan

    RM101.12 - RM10.00 = RM91.12

     


 

6. Baki Penyata

Baki penyata adalah apa yang direkodkan dalam sistem anda, selepas diselaraskan untuk transaksi tertunggak, dan sepatutnya sepadan dengan penyata bank.

  • Formula:
    Baki Awal + Baki Sistem + Baki Diselaraskan = Baki Penyata

    RM1.65 + RM1,118.88 + RM91.12 = RM1,211.65