Home > Jualan > Cara Rekod Invois Proforma (Proforma Invoice)

Cara Rekod Invois Proforma (Proforma Invoice)

 

Proforma invois ialah dokumen kewangan yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli sebelum barangan atau perkhidmatan dihantar. Dokumen ini mengandungi butiran tentang barangan atau perkhidmatan yang akan dibeli, termasuk kuantiti, harga, dan syarat pembayaran. 

Proforma invoice tidak mempunyai status undang-undang yang sama seperti invois komersial, tetapi sering digunakan sebagai asas untuk perjanjian antara penjual dan pembeli. Proforma invoice membantu pembeli memahami kos yang berkaitan dengan transaksi sebelum pembelian sebenar berlaku dan boleh digunakan untuk perancangan bajet atau tujuan pentadbiran lain.

Ciri-Ciri

Invois

Proforma Invois

Tujuan Utama

Dokumen rasmi untuk tujuan pembayaran

Estimasi kos untuk tujuan perjanjian

Status Undang-Undang

Mempunyai kesan undang-undang

Tidak mempunyai kesan undang-undang

Pengeluaran

Selepas penghantaran barangan atau perkhidmatan

Sebelum penghantaran barangan atau perkhidmatan

Fungsi

Meminta pembayaran dari pembeli

Memberikan gambaran kos kepada pembeli

Ketepatan Harga

Harga sebenar yang perlu dibayar

Harga yang boleh berubah sebelum transaksi sebenar

Kebolehpercayaan

Menunjukkan komitmen transaksi sebenar

Memberikan maklumat secara tidak rasmi


Proforma Invoice (Invois Profoma)

1. Menu Jualan
2. Klik Invois Profoma 
3. Klik button ➕Baru untuk Tambah Rekod Profoma Invoice
4. Pelangan, tambah details pelanggan atau boleh cari dalam senarai pelanggan (ruangan search) 

5. Pilih Tarikh dan klik button ◀️▶️ untuk selection DD-MM-YYYY di Kalendar. 

6. Jika ada tarikh luput invois (Valid Date sehingga tarikh bila profoma invois tersebut) (Tidak Wajib) 

7. Klik Tambah Produk untuk Tambah New Produk/ cari nama produk atau nama servis. Masukkan Unit dan klik button + untuk Tambah list
8. Isi kotak penghantaran jika ada Tambah Caj Penghantaran  (jika ada)
9. Isi Kotak Diskaun untuk Tambah Diskaun (jika ada)
10. Masukkan Remark. (Tidak Wajib) 
11. Akhir sekali, Klik button Simpan

 

 

Cara Tukar Profoma Invois kepada Invois :

1. Klik button tambah sebagai invois (Add as invoice)

2. Ikuti langkah cara merekod invois 
https://niagawan.ladesk.com/925441-Cara-rekod-Jualan-Sale