Home > e-Invois > Laporan e-Invois

Laporan e-Invois

Setelah berjaya menjana e-invois kepada pelanggan anda, anda boleh lihat laporan atau ringkasan e-invois anda.

 

 

Laporan Invois mengandungi beberapa kolum dengan butiran khusus mengenai status e-invois anda:

  1. Diperlukan: Invois yang diperlukan oleh pelanggan anda sebagai e-invois.
  2. Sedia untuk Hantar: Invois yang telah lengkap dengan maklumat pelanggan dan sedia untuk dihantar sebagai e-invois.
  3. Sedang Diproses: Invois yang sedang diproses sebagai e-invois.
  4. Berjaya: e-Invois yang berjaya diproses.
  5. Gagal: e-Invois yang gagal diproses kerana maklumat yang tidak mencukupi atau ralat yang berkaitan.
  6. Disatukan: e-Invois yang telah dihantar secara lump sum atau consolidate.
  7. Tidak Disatukan: Invois yang belum dihantar secara lump sum atau consolidate sebagai e-invois.

Untuk melihat senarai invois pada kolum tersebut, anda boleh klik pada nombor yang dipaparkan dan senarai invois mengikut status akan disenaraikan.