Home > e-Invois > Cara Consolidate e-Invois

Cara Consolidate e-Invois

Menyatukan invois sebagai e-invois dalam sistem perakaunan Niagawan sangat mudah dan sesuai untuk pengguna yang tidak perlu mengeluarkan e-invois secara individu. Untuk menggunakan fungsi penyatuan e-invois:-

Langkah 1: Pergi kepada invois yang belum disatukan

  • Pergi ke Laporan e-Invois
     
  • Pilih Bulan dan Tahun
    • Pilih bulan yang anda ingin satukan invois sebagai e-invois, contohnya Aug 2024.
       
  • Semak e-Invois yang Tidak Disatukan
    • Di dalam laporan, cari kolum Tidak Disatukan.
    • Lihat jumlah invois yang belum disatukan.
       

Langkah 2: Submit sebagai Consolidated e-Invoice

  • Gabungkan e-Invois
    • Klik pada butang "Serahkan sebagai dikonsolidasi (Submit as Consolidated e-Invoice)".
    • Sistem akan menyatukan invois yang belum berjaya disahkan sebagai e-invois sebagai satu e-invois yang disatukan.

 

  • Semak Status Penggabungan
    • Selepas proses penggabungan, semak status e-Invois yang digabungkan.
    • Pastikan tiada ralat atau kegagalan semasa proses ini.

 

  • Semak Consolidated e-Invoice
    • Pastikan semua e-Invois telah digabungkan dengan betul.



Nota:

  • Pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menggabungkan e-Invois untuk mengelakkan masalah semasa penghantaran.
  • Hubungi support jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses penghantaran.